Bisnes Yang Menguntungkan Tanpa Perlu Menyimpan Stok Yang Banyak


Bolehkah dapat bisnes yang menguntungkan tanpa perlu menyimpan stok yang banyak ? Macam Azie sendiri mempunyai pengalaman menjual cadar patchwork yang berat tu. Selain dari cadar patchwork, Azie juga meniaga kain telekung Vietnam dan kain pasang. Jadi boleh bayangkan berapa banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpan stok.


bisnes dari rumah


Tapi yang agak susah juga terpaksa membawa stok itu ke sana sini untuk ditunjukkan jika pelanggan nak lihat terlebih dahulu. Azie nak sharing sedikit sewaktu mengandungkan anak ke-3. Waktu tu memang Azie dah ambik set menyusu dan terus makan sewaktu mengandungi. Memang tidak terasa penat malah sangat aktif.

Sejak awal mengandung lagi, Azie kuat berjalan. Naik turun tangga tingkat 5 sambil mendukung anak no.2 yang baru berumur setahun lebih. Malah bila stok sampai, membawa pula cadar ke hulu ke hilir. Akibatnya sewaktu kandungan berumur 7 bulan, Azie mengalami pendarahan. Agak takut juga kerana belum pernah kejadian seperti in berlaku. Bila dirujuk kepada hospital, sememangnya cara hidup yang lasak juga menyumbang kepada pendarahan. Uri sudah berada di bawah, plasenta previa stage 3.

Nak salahkan vitamin yang buatkan Azie jadi terlalu sihat hingga lupa diri mengandung? Mungkin juga. Hahaha… tetapi jika tidak di jaga ketika kandungan memang kadangkala mengalami masalah juga.

Ini salah satu contoh perniagaan yang Azie buat sebelum ini. Sememangnya boleh mendapat income empat angka kerana Azie mendapat barang terus dari kilang. Setelah nilai ringgit jatuh, keuntungan semakin sedikit.

Bagaimana dengan perniagaan Shaklee sekarang? Berbanding dengan modal ribuan ringgit untuk mendapatkan stok cadar tadi, Azie cuma mengeluarkan RM79.50 untuk menjadi ahli. Tiada stok yang dibekalkan. Setelah mendapat keahlian, Azie berjumpa dengan kawan-kawan yang pernah makan Shaklee tapi susah nak dapatkan stok. Bermula dari situ, Azie mengumpul order.

Untuk anda yang baru bermula dan kurang mempunyai modal, boleh promosikan dahulu produk kegemaran anda. Maksudnya di sini, produk kegemaran ni merupakan produk yang kita sendiri makan. Jadi kongsi dengan orang ramai pengalaman kita mengamalkan produk kita. Itu salah satu yang menarik perhatian ramai.

bisnes dari rumah
Bila pelanggan membuat order dan pembayaran dahulu, bolehla kita order online. Jadi tidak perlu menyimpan stok yang banyak, biar Shaklee yang simpankan. Konsep ini sangat mudah seperti dropshipping. Jadi anda tidak perlu fikir pasal stok tiada di tangan, ataupun nak pergi beratur di pejabat pos. segalanya mudah. Malah kos penghantaran yang berpatutan cukup melegakan peniaga kecil seperti kami. Segalanya lengkap dengan sistem Shaklee2u.com.

Apa yang anda perlukan? Line internet yang boleh melayari website dan kad bank yang aktif. Itu sahaja. Macam Azie sendiri selalu membuat pembelian online untuk dihantar kepada pelanggan. Bukan sahaja memudahkan kita kerana tidak perlu ke pejabat pos, malah pelanggan puas hati kerana barang yang dipesan tiba dengan cepat kerana Shaklee menggunakan syarikat kurier Gdex dan City link untuk menghantar barang pesanan. Vitamin Shaklee akan dibungkus dengan kemas dan diinsurankan sebelum dihantar.

Jadi anda boleh nampak bisnes Shaklee ini tidak perlu menyimpan stok yang banyak jika anda banyak membuat penjualan online. Jika ada modal untuk memegang stok di tangan, anda masih boleh membeli stok juga. Selalunya stok yang Azie beli juga menggunakan kurier kerana kesukaran hendak keluar ke branch berdekatan. Biarpun dekat, tetapi kekangan masa selalu menjadi halangan untuk keluar. Jika membuat order Shaklee pada pagi ini, esok dah dapat barang. Tidak perlu menunggu sehingga hujung bulan untuk mengambil stok. Dan juga income yang Azie dapat lebih banyak dari menjual cadar dahulu. Alhamdulillah.

Anda jelas ? berminat untuk mencari pendapatan tambahan ketika sibuk melayan anak? Mencari pendapatan tambahan ketika sibuk bekerja? Whatsapp Azie di 016-3524104.

Salam sayang


SID : 1025553
COD : Bandar Sri Damansara , Kuala Lumpur Sentral, Kepong Sentral, Kepong, sekitar Sungai Buloh dan kawasan sekitar. Pos ke seluruh Malaysia.



Comments

Popular posts from this blog

Krim Jeragat Paling Berkesan Di Farmasi Kegemaran Anda.

Masalah Kencing Kotor Di Dalam Pantang – Pengalaman Ngeri Ibu

Omega Guard Untuk Mereka Yang Nak Kulit Cantik Dan Pinkish